eakta

Akta Keselamatan Sosial

Akta-akta Yang Berkaitan Dengan Keselamatan Sosial



01

Habu

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) (Akta 838)

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Skim ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

02

Habu

Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732)

Akta untuk menubuhkan Majlis Perundingan Gaji Negara yang bertanggungjawab menjalankan kajian tentang semua perkara berkenaan gaji minimum dan membuat syor kepada Kerajaan supaya membuat perintah gaji minimum. Akta ini juga mengandungi perkara-perkara mengani siasatan dan penguatkuasaan berdasarkan perintah gaji minimum.

03

Habu

Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800)

Akta untuk mengadakan peruntukan bagi Sistem Insurans Pekerjaan yang ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk menyediakan faedah-faedah tertentu dan program penempatan pekerjaan semula kepada orang berinsurans sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan yang menggalakkan dasar pasaran buruh yang aktif, dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

04

Habu

Akta Pampasan Pekerja 1952 (Akta 273)

Akta yang memperuntukkan pembayaran pampasan kepada pekerja bagi kecederaan yang dialami semasa dalam penggajian.

05

Habu

Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789)

Akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial bagi orang bekerja sendiri dan bagi pekara-perkara berkaitan dengannya.

06

Habu

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Akta yang menetapkan umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila pekerja mencapai umur 60 tahun dan majikan tidak boleh membersarakan secara pramasa seseorang pekerja sebelum pekerja mencapai umur persaraan minimum tersebut.

07

Habu

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)

Akta yang mengandungi peruntukan mengenai perlindungan keselamatan sosial dalam kontingensi yang tertentu. Akta ini memperuntukkan mengenai beberapa perkara lain yang berkaitan dengannya seperti insurans sosial termasuk faedah perubatan dan wang, bekalan peralatan prostetik dan pemulihan bagi pekerja untuk mengurangkan penderitaan dan memberi jaminan dan perlindungan kewangan kepada keluarga pekerja.